Mohd Firdaus pernah letopkan kerusi sewaktu makan cendol

Pada waktu itu berat badan saya 150 kilogram. Saya pergi makan cendol bersama kawan-kawan saya. Apa yang menyedihkan ialah kerusi yang saya duduk itu bukan sahaja patah dua, tapi meletup berkecai seperti bangunan runtuh. Saya jatuh terduduk dan cendol yang saya makan itu jatuh di atas saya.

Kejadian ini bukan pertama kali yang berlaku, tapi kerusi patah ini dah jadi perkara biasa pada saya pada waktu itu. Saya sering mematahkan kerusi-kerusi plastik, bila saya pergi ke kedai makan pun ada juga kedai-kedai yang dah menyediakan saya kerusi khas untuk saya sebab takut saya mematahkan kerusi mereka.

Saya ambil perkara ni sebagai benda positif untuk saya berubah. Saya tidak jadikan benda ni sebagai bahan ejekkan atau kutukan untuk saya, tapi semangat untuk saya supaya saya kena berubah.

Antara cara yang saya pernah cuba tapi tidak mendapat hasil ialah, beli pil/kapsul fat burner dan bersenam di gym. Waktu ini saya tidak dapat apa-apa guide/panduan dari coach. Saya hanya beli produk itu di GNC dan mereka advise supaya saya makan sebelum bersenam.

Tapi usaha saya beberapa bulan itu gagal, sebab tidak tahu cara yang sebenar dan tidak jaga makan. Selepas saya ada coach, dapat panduan dan cara yang betul baru lah saya berhasil. Saya akan kongsikan beberapa tips saya turunkan berat badan.

Workout Routine

Monday: HIIT @ Absolute
Tuesday: Cardio
Wednesday: HIIT @ Absolute
Thursday: Cardio
Friday: HIIT @ Absolute
Saturday: Cardio Long/Endurance
Sunday: Rest

Diet Regime

Calorie counting / portion
Makan 5x sehari
Calorie 1900-2000kcal per day. as per advise dalam weight tracker absolute wellness
Air putih 5L

Breakfast: Formula1 Meal Replacement Shake + F3 Whey Protein + Soy Milk
Mid-Morning Snack: Chicken Sandwich or 3 Half Boil eggs
Lunch: Brown rice + Veggie + Chicken Breast
Afternoon Snack: 3 Half Boil eggs or Fruits or Protein Shakes
Dinner: Formula1 Meal Replacement Shake + F3 Whey Protein + Low Fat Milk

Saya memang suka makan di kedai mamak dan tak makan healthy food
Dulu memang saya tak suka bersenam, tapi lepas saya berjaya menurunkan berat badan kini saya sangat aktif dan senaman di jadikan sebagai gaya hidup sihat
Kini saya menjadi sebahagian dari ikon dan inspirasi ramai orang di Malaysia

Mohd Firdaus, 35 Tahun, Shah Alam.

Sila kongsikan cerita saya dengan kawan-kawan atau ahli keluarga yang memerlukan inspirasi dan juga inginkan perubahan seperti saya. Semoga cerita saya dapat memberi semangat baru dan kekuatan untuk orang seperti saya dulu.

Leave a Reply

%d bloggers like this: