Suami komplen dengkuran kuat, nak kejar anak pun tak larat

Dulu sedar badan besar dan berat tapi masa tu mind set dah ada suami dan anak, cukup jela calit make up untuk nampak cantik tanpa perlu turunkan berat badan.

Kesedaran tu mula bila dah mula mengah bila duduk (bayangkan duduk pun boleh tercungap-cungap), suami complain dengkuran kuat, nak kejar anak pun tak larat. Setiap minggu dilanda sakit belakang yang teramat sangat sampai terpaksa ambil pain killer.

Lagi lagi bila kami satu family bercuti dekat Cameron Highlands. Naik bukit dekat ladang strawberi tu pun tak mampu. Saya masuk kereta menangis dekat suami. Rasa benci dekat diri sendiri. Masa ni barulah sedar bahawa saya perlu turunkan berat badan.

Apa yang pernah cuba tapi tak berjaya :

Diet makan telur rebus pagi dan malam. Tengah hari makan tapi kuantiti sedikit. Akan tetapi seringkali kecundang makan ikut suka sebab tak kenyang. Kawan-kawan pulak bagi idea pelbagai tentang diet ni sampai tak tahu nak ikut yang mana satu. Akhirnya saya tekad cari Coach.

Workout Routine

Saya cikgu taska, jadi bila ada peluang untuk aerobik dan menari dengan anak murid, saya akan join sekali.

Bila ada masa terluang, saya gunakan untuk bersenam dengan merujuk video di Youtube. Saya tak ada jadual senaman yang ketat. Saya cuma mengamalkan gaya hidup aktif. Kalau ada masa terluang, saya akan buat brisk walking.

Diet Regime

Breakfast: F1 shake + 300ml low fat milk
Mid-Morning Snack: Telur rebus 2 (2 putih 1 kuning)/Buah
Lunch: Nasi putih (segenggam) + Ikan/ayam bakar + sayur lettuce/ulam
Afternoon Snack: Roti wholemeal (1 keping)
Dinner: F1 shake + 300ml low fat milk

Masdiana bte Mahat
31 Tahun, Shah Alam

Leave a Reply

%d bloggers like this: