Susu Rendah Lemak Tak Bagus Kerana Di Tambah Sesuatu?

Susu rendah lemak yang telah hilang lemaknya, MEMANG diganti sesuatu!

iaitu Karbohidrat !

Jadi persoalannya, susu rendah lemak = dibuang lemak diganti karbohidrat, adakah masih berkhasiat?

Ya masih berkhasiat dan rendah kalori.

Kenapa rendah kalori?

1 gram lemak = 9 kcal
1 gram karbohidrat = 4 kcal

Kalau dibuang lemak susu 5 gram (45 kcal) , diganti 5 gram karbohidrat (20 kcal). Sudah jimat kalori sebanyak 25 kcal.

Untuk mereka yang nak turunkan berat, susu rendah lemak pilihan TERBAIK!

Jadi susu lemak berkrim tak bagus la?

Tidak! Susu penuh krim juga pilihan TERBAIK! Untuk mereka yang masalah berat tak naik-naik.. Pilihan susu ini lebih baik!

Buat yang tak sempat bersarapan, sekotak susu penuh krim ni akan buat anda kenyang lama.

Sebab lemak sememangnya beri kesan kenyang! Lengkap sumber karbohidrat, protein dan lemak juga.

Kedua-dua jenis susu ini, Kandungan protein masih lebih kurang sama..Kualiti kalsium masih sama.. Jadi khasiat protein tak terjejas. Cuma perbezaan karbohidrat dan lemak sahaja.

Lepas ni bila beli susu, Boleh bandingkan..Pilih ikut keperluan diri anda.. Tak de hal la 😎

Kredit to Salsabila Aznan (Dietician)

Leave a Reply

%d bloggers like this: